Friday, May 1, 2009

Education...

Apabila memperkatakan tentang ikan air tawar tidak banyak yang kita tahu dari segi habitat semulajadi mereka melainkan jika kita menjalankan penyelidikan tentangnya secara khusus. Apa yang kita tahu hanya cerita yang disampaikan oleh peminat-peminat joran yang berkongsi tentang pengalaman mereka menawan ikan-ikan ini. Setiap daripada ikan-ikan ini mempunyai sifat fizikal serta warna yang berlainan dan ini membolehkan ianya dibezakan di antara satu sama lain. Kepelbagaian bentuk, sifat dan warna mereka amat menakjubkan dan daripada perkara-perkara ini juga menceritakan tentang habitat semulajadi mereka.

Ikan Air Tawar Siri III ini diterbitkan untuk memaparkan keunikan dan keistimewaan khazanah air tawar ini. Daripada ikan-ikan pilihan penggemar joran seperti temoleh dan sebarau hinggalah kepada ikan patin dan keli, yang popular di kalangan masyarakat sebagai hidangan istimewa masakan kampung serta ikan belida dengan bentuk seperti sabit yang melengkuk ke atas. Kesemuanya mempunyai daya tarikan yang tersendiri dan akan terus mewarnai alam air tawar dan ribuan spesies ini akan terus menjadi penyambung di antara alam, manusia dan keseluruhan ekologi.

When we talk about fresh water fish, there is not much information that we know on their habitat except by conducting an in-depth study of their environment. We might be getting numerous tales from enthusiastic anglers of their encounters and experiences. As we all know, every single species differs from their physical appearances, shapes and colours. The complexity of their multiple shapes, colours and behaviours somehow, reflects their natural habitats.

Fresh Water Fish Series III is specially produced to provide information on the uniqueness and specialty of these precious fresh water fishes. To name a few, species such as 'temoleh', 'sebarau', 'patin' and 'keli' which are much loved by anglers to the kampong folks' favourite fish dish like the 'belida' are included.
Each of them has its very own attraction and will definitely add colour to the world of fresh water fishes. Undoubtedly these countless species will bridge the relation between human, nature and ecology.

Jelawat (Leptobarbus hoevenii)
Jelawat merupakan sejenis ikan kap yang suka tinggal di sungai besar dan anak sungai yang bertemu dengan sungai besar. Ia boleh didapati di Pahang dan Perak. Badannya memanjang, dengan kepala yang lebar dan rata di bahagian atas. Bahagian badan di sebelah atas berwarna hijau muda dan perut di bahagian bawah berwarna putih. Hujung sirip bawah berwarna kemerahan. Ia gemar memakan udang, larva serangga dan bahagian daun. Jelawat adalah ikan yang paling sedap dan antara yang termahal serta dikenali sebagai ikan yang kuat 'melawan' oleh para pengail. Jelawat juga terdapat di Thailand, Sumatera dan Borneo.

Jelawat is a carp and can be found mostly in large rivers and streams. It can also be found in Pahang and Perak. With elongated body, broad head and flattened top, the upper half of the body is light green while its belly and lower half is white, with a touch of red at the tip of its lower fins. It feeds on prawns, insect larvae, and parts of leaves. This fish is known for its delicious taste and is one of the most expensive and puts up quite a fight to the anglers. They can also be found in Thailand, Sumatera and Borneo.

Patin (Pangasius sp.)
Ikan Patin boleh didapati di sungai dan muara sungai. Ia merupakan sejenis ikan air tawar yang popular untuk kegiatan akuakultur dan sering diternak secara komersil. Ikan ini mempunyai bahagian belakang yang kelabu kehijauan, bahagian atas kepala hijau muda, perut putih berkilat dengan kepala berbonjol-bonjol. Ia juga terdapat di India, Bangladesh, Burma, Jawa dan Thailand. Ia memakan sisa-sisa ikan dan bahan organik reput.

Patin can be found in rivers and river mouths. It is a popular fresh water fish and is reared commercially for aquaculture activities. It has a mix of greenish-greyish back and light green colour on the upper part of its head with light shiny belly and bumpy head. They can also be found in India, Bangladesh, Burma, Java and Thailand. It feeds on fish remains and decayed organics.

Sebarau (Hampala macrolepidota)
Sebarau boleh didapati di sungai atau anak sungai yang mengalir deras yang dasarnya berpasir atau berlumpur. Ikan ini adalah salah satu spesies ikan air tawar rekreasi yang sangat berharga. Ia dikenali juga sebagai ikan yang akan terus 'melawan' pemancing dengan agresif sekiranya hendak ditawan. Badannya memanjang dan mampat dengan sirip berwarna merah tua dan kekuningan. Sisiknya besar dengan garisan kehitaman menampakkan ikan ini begitu menarik dengan warna kelabu keperakan. Ia menggemari diet seperti sisa serangga dan sisa ikan.

Sebarau can be found at rivers and streams with strong currents, with sandy to muddy waters. This fish is a valuable fresh water recreation fish. Known for its fighting spirit and it aggressively fights the anglers. With elongated and compressed body and fins in dark red and yellowish colour, as well as large scales with blackish linings and silverish grey body makes Sebarau an attractive fish. Thrives on insects fragments and fish remains.

Temoleh (Probarbus jullieni)
Ikan Temoleh terdapat di Perak dan Pahang dan dikatakan spesies Siprinid terbesar di Semenanjung Malaysia. Temoleh yang gemar memakan moluska bercengkerang dan tumbuhan air ini mempunyai tujuh jalur hitam memanjang pada badannya dengan sebahagian badan berwarna hijau buah zaitun dan separuh bahagian bawahnya berwarna kuning susu. Kepalanya berwarna kuning kehijauan manakala kesemua siripnya berwarna merah jambu muda. Warna-warna menawan ini pula dilengkapkan dengan ekornya yang kehitaman. Sememangnya Temoleh ialah sejenis ikan air tawar yang sangat cantik.

This fish can be found in Perak and Pahang and it is said to be the largest species of the Cyprinids in Peninsular Malaysia. Temoleh thrives on shelled mollucscs and water plants. The body has 7 narrow horizontal black stripes with its upper half of the body in olive and lower half creamy yellow colour. The head is in bright greenish yellow with fins in light pink. These wonderful colours are complimented by a blackish end tail. Temoleh is truly a beautiful fresh water fish.


Baung (Mystus nemurus) / Ikan Keli (Clarias batrachus)
Ikan Baung senang didapati di zon air pasang surut ke hulu sungai dan sawah padi. Baung tidak begitu menggemari air jernih atau berlumpur. Ia berwarna formalin, putih gelap dengan sirip bergerigis hingga ke belakang badannya. Baung memakan pelbagai jenis makanan termasuk udang, serangga, ketam dan larva ikan. Baung berupaya membinasakan udang galah yang diternak di kolam. Taburan ikan ini juga terdapat di sekitar Sumatera, Singapura, Borneo dan Thailand.

Baung can be found at zones to the upstream of rivers and rice fields. They do not have much preference for clear or muddy water and is a threat to lobsters (udang galah) that lives in ponds. Its colour is in formalin dusky white with serrated spine. It eats a variety of food including prawns, insects, crabs and fish larvae. The distribution of this fish also covers Java, Sumatra, Singapore, Borneo and Thailand.

Ikan Keli mudah didapati di seluruh Malaysia terutama di sawah padi, paya di sekitar sawah padi, kolam sungai, terusan, longkang dan bekas lombong. Ikan keli selalu berada di dasar sungai tetapi naik ke atas untuk menyedut udara. Kulitnya licin, berwarna coklat kehijauan di atas dan lebih cerah di bawah. Badannya memanjang dan mampat di belakang dengan kepala yang agak leper.

Easily found all over Malaysia especially rice fields, swamps around the rice fields, riverbanks, drains and old mines. They are bottom dwellers but very frequently come to the surface of the water to draw in fresh air. The skin is smooth, brownish green on the upper part of the body and lighter below. The body is elongated, compressed at the back with its head moderately flattened.

No comments: